Kereta terjunam dalam sungai

Kereta Toyota DX terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Kuching pagi tadi.
Kereta Toyota DX terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Kuching pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Kuching berhampiran pusat beli-belah Sogo pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan seramai 15 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul dan BBP Jalan Hang Tuah bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.24 pagi.

Menurut Komander Operasi Kanan, Mohd Azizi Abdullah, pemeriksaan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) mendapati tiada mangsa terperangkap di dalam kereta berkenaan.

"Menurut maklumat polis yang berada di lokasi, difahamkan mangsa berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

"Pasukan bomba bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kemudian menjalankan operasi menaikkan kereta. Operasi tamat sepenuhnya jam 10.47 pagi," katanya.

Pasukan bomba menaikkan kereta yang terjunam dalam sungai di Jalan Kuching pagi tadi.
Pasukan bomba menaikkan kereta yang terjunam dalam sungai di Jalan Kuching pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku jam 4.58 pagi melibatkan kereta Toyota Corolla DX dari arah Jalan Kucing menghala ke Bulatan Dato Onn.

"Orang awam memaklumkan kereta itu dipercayai dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun yang terbabas di selekoh sebelum terjatuh ke sungai.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa yang mengalami cedera ringan telah beredar dari tempat kejadian sewaktu anggota polis tiba.

"Usaha mengesan pemandu kereta itu masih dilakukan," katanya.