Kekasih mahu sehidup semati antara 4 penagih ditahan AADK

Empat penagih dadah ditahan dalam operasi dijalankan AADK di sekitar Yan awal pagi tadi.
Empat penagih dadah ditahan dalam operasi dijalankan AADK di sekitar Yan awal pagi tadi.
A
A
A

YAN - Seorang wanita antara empat penagih dadah ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi di beberapa lokasi berasingan di daerah ini awal pagi tadi.

Ketua AADK Daerah Yan, Mohamad Ramli berkata, wanita berusia 23 tahun berstatus janda dipercayai tinggal bersama kekasihnya ditahan di sebuah rumah di Batu 19 1/2, Guar Chempedak.

Menurutnya, rumah itu diserbu dalam operasi yang bermula jam 11 malam semalam hingga 2.30 pagi tadi.

"Dalam operasi itu, terdapat pasangan kekasih memberitahu mereka berdua sanggup sehidup semati walau apapun terjadi.

"Hal ini mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mereka walaupun pernah ditahan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sepasukan Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Yan turut menahan dua lagi penagih dadah dalam operasi di Kampung Titi Lahar dan Kampung Teroi.

"Ketika siasatan awal, mereka mengaku menerima bekalan dadah di sebuah port pengedaran di Gurun," katanya.

"AADK juga melakukan operasi di Kampung Perigi dan Kampung Gelam 3, namun beberapa penagih sempat melarikan diri ke dalam kawasan sawah dan hutan berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohamad berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua penagih dadah berusia 23 hingga 28 tahun itu positif dadah jenis opiat dan methamphetamine.

"Kes disiasat di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983," katanya.