Jual petai selepas hilang punca pendapatan ketika PKP

Zaidi Yusuf, 42, menjual petai semasa ditemui di tepi jalan Kuantan-Maran berdekatan pekan Gambang hari ini.- Foto Bernama
Zaidi Yusuf, 42, menjual petai semasa ditemui di tepi jalan Kuantan-Maran berdekatan pekan Gambang hari ini.- Foto Bernama
A
A
A
KUANTAN - Zaidi Yusuf, 42, menjual petai semasa ditemui di tepi jalan Kuantan-Maran berdekatan pekan Gambang hari ini.

Menurut Zaidi, dia menjalankan perniagaan itu sejak sebulan lalu bagi menyara keluarga setelah kehilangan punca pendapatan sebagai pemandu bas sekolah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majikannya terpaksa menghentikan operasi ekoran langkah kerajaan ketika itu menutup hampir semua sektor ekonomi dan sosial termasuk sesi persekolahan dengan melaksanakan PKP bermula 18 Mac lepas bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini.

Dia yang menyara isteri dan lapan orang anak berusia dua hingga lima belas tahun buntu kerana terputus pendapatan dan tiada simpanan.

Bagaimanapun dia bersyukur apabila layak menerima bantuan kerajaan melalui bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi kategori keluarga.
Artikel Berkaitan:


Ibarat menerima pancing, selain berbelanja untuk kegunaan seharian, dia dan isteri Raja Zalina Raja Kadir, 34, bersepakat untuk menggunakan sebahagian wang bantuan itu sebagai modal memulakan perniagaan petai yang dibeli dari seorang pembekal di Jerteh, Terengganu.

Kini setelah sebulan berniaga, dia dan isteri mampu memperolehi keuntungan dan berhasrat untuk membesarkan lagi skop perniagaanya dengan menjual buah-buahan bermula dengan buah bermusim seperti durian. - Foto Bernama

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Gelombang cuaca panas

No Image Caption
GALERI

Pink Moon

No Image Caption
GALERI

Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia

No Image Caption
GALERI

Program Jom Baca 10 Minit