X

Kindly register in order to view this article
!

Dua penunggang motosikal maut nahas

Kedua-dua penunggang motosikal disahkan maut di tempat kejadian dalam nahas di Jalan Tasek, Valdor, Pulau Pinang malam tadi.
A
A

NIBONG TEBAL - Dua penunggang motosikal maut dipercayai bertembung dalam kemalangan yang turut membabitkan sebuah lagi kereta di Jalan Tasek, Valdor di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, motosikal ditunggang M Kuganraaj, 18, yang datang dari arah Sungai Bakap menghala ke Tasek Junjong dikatakan cuba memotong kereta di hadapannya.

Bagaimanapun, cubaannya untuk memintas kereta dipandu lelaki berusia 40 tahun tidak berjaya sebelum dia berlanggar dengan motosikal ditunggang NV Yogananth, 51, yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, akibat kejadian itu kedua-dua penunggang berkenaan terpelanting di atas jalan raya dan motosikal Yogananth terbabas sebelum merempuh bahagian depan kereta terbabit.

"Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kedua-dua motosikal mangsa juga rosak teruk akibat rempuhan dan semakan mendapati remaja berusia 18 tahun itu tidak memiliki lesen," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dua penunggang motosikal maut dipercayai bertembung dalam kemalangan yang turut membabitkan sebuah lagi kereta di Jalan Tasek, Valdor, Pulau Pinang malam tadi.
Dua penunggang motosikal maut dipercayai bertembung dalam kemalangan yang turut membabitkan sebuah lagi kereta di Jalan Tasek, Valdor, Pulau Pinang malam tadi.

Chong Chern berkata, kedua-dua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Menurutnya,kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus