Amitabh, Abhishek Bachchan positif Covid-19

Amitabh, Abhishek Bachchan positif Covid-19.
Amitabh, Abhishek Bachchan positif Covid-19.
A
A
A

BINTANG tersohor Bollywood, Amitabh Bachchan dan anaknya, Abhishek, disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) dan ditempatkan di sebuah Hospital Nanavati di Mumbai, India.

Hindustan Times melaporkan, perkara itu dimaklumkan Amitabh, 77, dan Abhishek, 44, menerusi akaun Twitter milik mereka.

Menurut Amitabh Bachchan, beliau dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan meminta sesiapa yang pernah berhubung atau bertemunya membuat ujian Covid-19.

"Saya disahkan positif Covid-19. Sudah dipindahkan ke hospital. Keluarga dan kakitangan sudah menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan. Mana-mana individu yang berhubung atau bertemu saya dalam tempoh 10 hari lalu dimohon membuat ujian," katanya.

Sementara, Abhishek menerusi Twitter turut memaklumkan, "Hari ini, saya dan ayah disahkan positif Covid-19. Kami berdua mempunyai simptom ringan dan dimasukkan ke hospital. Kami sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa, keluarga dan kakitangan supaya melakukan ujian. Saya meminta semua supaya tidak panik dan bertenang. Terima kasih."

Bagaimanapun, ahli keluarga lain termasuk Jaya Bachchan, Aishwarya Rai Bachchan disahkan negatif. Mumbai, New Delhi, Chennai, Pune dan Bangalore adalah antara bandar India yang paling teruk dilanda koronavirus.

Semalam, jumlah koronavirus India melepasi 800,000 dengan lonjakan terbesar jumlah 27,114 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Artikel Berkaitan:

Kementerian Kesihatan juga melaporkan 519 kematian lagi dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kematian sehingga 22,123.