X

Kindly register in order to view this article
!

Enam jam alih pokok tumbang, tanah runtuh

Lebih tiga pokok tumbang merintangi laluan kedua-dua arah manakala tanah runtuh melibatkan cerun dipercayai akibat hujan lebat sejak petang semalam.
A
A

TAPAH - Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa mengambil masa hampir enam jam bagi menjalankan kerja-kerja pengalihan pokok tumbang dan tanah runtuh di Kampung Batu 14, Jalan Pahang di sini malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, lebih tiga pokok tumbang merintangi laluan kedua-dua arah manakala tanah runtuh melibatkan cerun dipercayai akibat hujan lebat sejak petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, Ahmad Nor Syamsi Zainoldin berkata, seramai 14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 8.07 malam.

Menurutnya, keadaan pokok yang merintangi laluan dan gelinciran tanah menyebabkan kedua-dua laluan terpaksa ditutup sementara kepada kenderaan bagi membolehkan kerja pengalihan dijalankan.

"Kita menggunakan gergaji rantai untuk memotong dahan pokok terbabit, operasi turut dibantu Syarikat Belati Wangsa yang menyediakan jengkaut untuk mengalihkan tanah menghalang jalan.

"Bagaimanapun tiada mangsa terbabit dalam kejadian ini," katanya.

Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 8.07 malam tadi.
Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 8.07 malam tadi.

Beliau berkata, kerja-kerja pengalihan dan pembersihan selesai sepenuhnya pada jam 2.20 pagi dan laluan itu kini telah dibuka semula kepada kenderaan.

"Keadaan laluan di situ agak gelap ditambah saiz pokok yang besar menyukarkan sedikit kerja-kerja pengalihan dilakukan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus