Wan Saiful seru Zahid taubat

Wan Saiful, Zahid
Wan Saiful, Zahid
A
A
A
KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diseru agar bertaubat dan tidak membawa perpecahan kepada negara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata kerosakan yang dilakukan sudah cukup.

“Zahid, bertaubatlah. Cukup-cukuplah kerosakan yang dilakukan. Jangan bawa perpecahan yang lebih buruk kepada negara semata-mata untuk kepentingan diri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau turut menyentuh soal kenyataan Ahmad Zahid yang mempertikaikan agama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Zahid mempersoalkan adakah Saifuddin masih seorang Muslim. Kenyataan ini adalah petanda betapa Zahid dan Umno amat terdesak. Kenyataan yang mengapi-apikan perpecahan agama sebegini amat bahaya.

“Apakah Zahid mahu menjadi Tuhan yang boleh menghakimi agama seseorang pula?

Semasa berkuasa dahulu dan dikelilingi oleh perasuah berbilion-bilion, ada Zahid tanya sejauh mana diri dia sendiri beramal sebagai seorang Muslim yang sewajibnya mencegah kemungkaran?,” katanya.

Semalam, Ahmad Zahid dilaporkan telah mempertikai tindakan Saifuddin yang beragama Islam namun menerima Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurutnya, pergeseran antara kaum dan agama di negara ini hanya akan menguntungkan Ahmad Zahid dan Umno.
Artikel Berkaitan:


“Mungkin ini sahajalah langkah yang boleh beliau lakukan untuk mengalih pandangan rakyat daripada kes-kes mahkamah yang mungkin membawa beliau ke penjara tidak lama lagi,” katanya.