Ampang sasar diisytihar bandar raya tahun depan

Zuraida
Zuraida
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Ampang kini menetapkan sasaran untuk diisytihar sebagai sebuah bandar raya menjelang tahun depan.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, banyak projek pembangunan sedang dijalankan bagi merealisasikan misi tersebut.

"Antara projek yang sedang kita laksanakan adalah untuk buat satu kolam renang, pusat kawalan dan kita alihkan beberapa tempat medan selera, diperkemaskan dan dibersihkan.

"Ini antara usaha yang kita jalankan untuk mengangkatnya sebagai majlis bandar raya, kita sasar 2021," katanya selepas melawat tapak pembangunan di Dataran Belia Kampung Bukit Sungai Puteh, Ampang di sini hari ini.

Terdahulu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah memenuhi syarat seperti mempunyai jumlah penduduk melebihi 500,000 orang dan mencatat hasil sebanyak RM100 juta.

Ketika ini terdapat 16 bandaraya di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Georgetown, Seberang Prai, Ipoh, Petaling Jaya, Shah Alam, Alor Setar, Johor Bahru, Melaka, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu, Miri, Kuching, Iskandar Puteri, Seremban dan Subang Jaya.

Sementara itu, mengulas pembangunan loji sisa kepada tenaga (WTE) di bawah Dasar Kebersihan Negara, beliau berkata setiap negeri akan memiliki sekurang-kurangnya satu loji WTE. - Bernama

Artikel Berkaitan: