Buka sempadan perkara terakhir bakal dilaksanakan

Adham
Adham
A
A
A

PONTIAN - Pembukaan pintu sempadan akan menjadi perkara terakhir dilaksanakan kerajaan dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 dan memastikan trend jangkitan kes import terus berkurangan dalam negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah itu diambil kerana kebanyakan kes baharu yang direkodkan dalam negara merupakan kes dari luar (kes import).

“Dalam protokol kita menjaga atau menangani Covid-19, antara perkara yang kita sangat berhati-hati ialah kawalan terhadap sempadan kerana sempadan kita bukan hanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi juga di Johor, sempadan bersama Thailand, sempadan di Sabah serta Sarawak dan juga pintu-pintu masuk melalui jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi townhall anjuran UMNO Tanjung Piai di Kukup hari ini.

Ia sebagai mengulas sama ada kementeriannya bersedia untuk menyaring lebih ramai individu susulan terdapat rancangan membuka pintu sempadan kepada negara yang dikategorikan sebagai zon hijau dalam kes Covid-19, termasuk Singapura. - Bernama

Artikel Berkaitan: