X

Kindly register in order to view this article
!

Bintang Piala Dunia England meninggal dunia

Jack Charlton
A
A

LAGENDA bola sepak England, Jack Charlton, 85, meninggal dunia di tempat kelahirannya Northumberland, malam tadi.

Menerusi kenyataan rasmi daripada bekas kelabnya Leeds United, Jack didakwa telah meninggal dunia kerana sakit yang dideritainya sejak sekian lama.

Untuk rekod, Charlton yang turut diiktiraf selaku pemain pertahanan tengah terbaik dunia dan telah mencipta rekod tersendiri menerusi 773 penampilan bersama Leeds United dalam tempoh 23 tahun.

Mendiang, bersama adiknya Sir Bobby Charlton, 82 adalah antara pemain yang membantu kejayaan England menjulang trofi Piala Dunia 1966 dengan menewaskan Jerman Barat (ketika itu) 4 - 2 di Stadium Wembley.

"Selain itu, mereka berdua turut membantu kejayaan England menjulang trofi Piala Dunia 1966 setelah menewaskan Jerman Barat (ketika itu) 4 - 2 di Stadium Wembley dan diktiraf sebagai antara pertahanan tengah terbaik yang dalam arena bola sepak.

Malah kedua-dua mereka juga memainkan watak penting bagi membantu skuad The Whites itu untuk memenangi kejuaraan liga 1969 dan Piala FA 1972.

Selain itu difahamkan, sejak mula mula terlibat dalam sukan bola sepak pada 1950 sehingga bersara pada 1973, Jack tidak pernah mewakili pasukan lain kecuali Leeds United.

Setelah bersara, Jack terlibat pula dengan kejurulatihan dan pernah melatih beberapa pasukan seperti Middlesbrough mulai 1973 hingga 1977, 1977 - 1993 (Sheffield Wednesday), 1984 (Middlesbrough), 1984-1985 (Newcastle United) dan skuad kebangsaan Ireland mulai 1986 hingga 1996.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus