Perpaduan kukuh, politik umat Islam lebih teguh

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Muhammad Khalil Abdul Hadi
A
A
A

SHAH ALAM - Pengukuhan perpaduan, persaudaraan dan permuafakatan di antara parti akan lebih menguatkan lagi kekuatan politik umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pengajaran paling utama ialah perpecahan dalam kalangan umat Islam dan orang Melayu menguntungkan serta memanfaatkan orang lain sehingga hampir menghapuskan kuasa politik umat Islam.

Menurutnya, kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu perlu menjadi pengajaran bagaimana kelemahan umat Islam ketika itu.

"Apa yang berlaku di Palestin seharusnya dijadikan contoh. Islam diperkotak-katikkan, dipermainkan dan dihina, begitu juga Raja- Raja Melayu sehingga ada yang bimbang masa depan mereka.

"Saat itu juga telah mula timbul kesedaran bahawa perpecahan tidak menguntungkan, membawa makna dan manfaat, ia hanya akan melenyapkan kuasa politk umat Islam dan orang Melayu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalil yang juga Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat itu berkata, namun dengan izin ALLAH, Perikatan Nasional menjadi kerajaan Persekutuan dan memerintah negara.

"Ini bermakna muafakat, kesatuan dan perpaduan memberi banyak manfaat dan faedah kepada umat Islam dan orang Melayu di dalam negara.

Menurutnya, jika berjaya dikekalkan pasti Islam dan Melayu akan terus kekal dan utuh di dalam negara.

Artikel Berkaitan: