California bebas lebih 8,000 banduan bimbang penularan Covid-19

Kes Covid-19 dilaporkan meningkat mendadak di salah sebuah penjara tertua di California dengan lebih 1,000 banduan disahkan positif.
Kes Covid-19 dilaporkan meningkat mendadak di salah sebuah penjara tertua di California dengan lebih 1,000 banduan disahkan positif.
A
A
A

SACRAMENTO - California akan membebaskan sehingga 8,000 banduan bagi mengurangkan risiko penularan koronavirus (Covid-19) di penjaranya yang sesak, lapor pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Menurut Setiausaha Jabatan Pembetulan dan Pemulihan California, Ralph Diaz berkata, semua tahanan tersebut dijangka akan dibebaskan pada akhir bulan Ogos, selepas kira-kira 10,000 banduan dilepaskan melalui inisiatif sama sejak krisis wabak itu bermula.

"Tindakan ini diambil untuk menjaga kesihatan dan keselamatan penduduk dan kakitangan di penjara.

"Pengumuman itu disambut baik oleh aktivis yang menuntut Gabenor Gavin New-Som untuk membebaskan banduan buat sementara waktu, susulan lonjakan kes Covid-19 di salah satu penjara tertua di California, San Quentin," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, kenyataan itu berkata, semua banduan tersebut akan menjalani ujian saringan Covid-19 dalam tempoh seminggu selepas dibebaskan.

California, negara AS yang paling ramai penduduk dengan populasi sekitar 40 juta orang telah mengesahkan lebih dari 300,000 kes dan 6,800 kematian akibat wabak Covid-19. - AFP

Artikel Berkaitan: