Pelantikan dua wanita sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan catat sejarah

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin
A
A
A

SHAH ALAM - Pelantikan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Rhodzariah Bujang sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan mencatatkan sejarah tersendiri apabila lebih separuh daripada 14 Hakim Mahkamah Persekutuan kini terdiri daripada golongan wanita.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau percaya dengan adanya lebih ramai golongan wanita di tampuk perundangan negara, pembelaan lebih tuntas dapat diberikan bagi kes kanak-kanak dan wanita yang tertindas.

Menurutnya, dengan adanya wanita-wanita hebat dalam badan kehakiman negara, ia bukan sahaja mencerminkan wanita berpengetahuan luas dalam bidang undang-undang malah menjadi contoh yang baik serta inspirasi kepada semua wanita muda di Malaysia.

“Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah buat dua hakim wanita iaitu Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Rhodzariah Bujang atas lantikan mereka sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan semalam (kelmarin),” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Artikel Berkaitan: