X

Kindly register in order to view this article
!

Kes positif Covid-19 di Indonesia kini 74,018 kes

Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A

JAKARTA - Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus mencatatkan peningkatan dengan 1,671 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan 74,018 kes setakat 12 tengah hari tadi waktu tempatan.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, sebanyak 66 kematian baharu akibat wabak itu dilaporkan dalam tempoh sama menjadikan angka kematian keseluruhan terkini di Indonesia 3,535 orang.

"Sebanyak 13,752 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19," katanya pada sidang akhbar hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Jawa Timur merekodkan kes positif tertinggi pada 16,140 kes, diikuti Jakarta (14,113 kes) dan selebihnya di 32 lagi provinsi lain.

Provinsi Jawa Timur turut mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,188 kes, diikuti Jakarta (681 kes), Jawa Tengah (235), Sulawesi Selatan (217) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus