Warga emas maut kereta dilanggar lori

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian petang tadi.
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian petang tadi.
A
A
A

BANTING - Seorang warga emas maut apabila kereta yang dipandunya dilanggar sebuah lori yang mengangkut tong sampah roro dalam kejadian di Jalan Persiaran Mahkota, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba 1 Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 2.19 petang.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dikejarkan ke lokasi dan mendapati seorang lelaki berusia lingkungan 60 tahun tersepit di bahagian tempat duduk pemandu," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kereta yang dipandu mangsa dipercayai dilanggar di sebelah kiri dan mangsa yang disahkan meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: