Dua lelaki terperangkap atas skylift

Anggota bomba membawa turun dua pekerja yang tersangkut di atas skylift di Jalan Tembaga, Kawasan Perusahan Banting, hari ini.
Anggota bomba membawa turun dua pekerja yang tersangkut di atas skylift di Jalan Tembaga, Kawasan Perusahan Banting, hari ini.
A
A
A

KUALA LANGAT - Dua pemotong pokok diselamatkan oleh anggota bomba selepas mereka tersangkut di atas di Jalan Tembaga, Kawasan Perusahaan Banting, di sini tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba 1 Hafisham Mohd Noor berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.19 tengah hari.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting yang tiba di lokasi lima minit kemudian mendapati skylift itu mengalami kerosakan mengakibatkan mangsa yang berusia 40 dan 59 tahun terperangkap di atas jentera itu.

“Pihak bomba berjaya menurunkan mangsa menggunakan tangga dan kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: