Penyokong Kelantan desak presiden, timbalan presiden letak jawatan

The Red Warrior KLIA (TRWC KLIA)
The Red Warrior KLIA (TRWC KLIA)
A
A
A

KELAB penyokong bola sepak Kelantan, The Red Warrior KLIA (TRWC KLIA) mendesak presiden dan timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Datuk Seri Afandi Hamzah meletak jawatan bagi memberikan laluan kepada individu lain untuk memimpin persatuan itu.

Presiden TRWC KLIA, Rozaki Ab Kadir berkata, dua pemimpin itu perlu memberikan kata putus kerana keputusan 'merehatkan diri' daripada menguruskan KAFA tidak memberikan kesan bagi membantu kemelut yang dihadapi oleh persatuan tersebut.

"Berehat...bermakna jawatan itu akan tergantung dan menyukarkan pengurusan KAFA untuk melantik presiden dan timbalan presiden yang baharu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, peletakan jawatan oleh kedua-dua pemimpin itu penting bagi memudahkan KAFA melantik individu lain untuk merancang hal tuju TRW dan persatuan itu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Sebelum ini, KAFA merehatkan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Afandi Hamzah daripada menguruskan persatuan itu yang ‘tenat’ dengan pelbagai isu terutamanya hutang dan masalah kewangan. - Bernama

Artikel Berkaitan: