X

Kindly register in order to view this article
!

Penunggang motosikal maut terperosok bawah treler

Mangsa terperosok di bawah treler dan disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Kulim-Baling hari ini.
A
A

KULIM- Seorang penunggang motosikal maut apabila terperosok di bawah treler muatan kelapa sawit dalam kemalangan di Lebuhraya Kulim-Baling hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Kemalangan membabitkan motosikal dan lori treler membawa muatan sawit di Lebuhraya Kulim-Baling hari ini.
Kemalangan membabitkan motosikal dan lori treler membawa muatan sawit di Lebuhraya Kulim-Baling hari ini.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 1.44 petang dan bergegas ke lokasi kejadian iaitu berhampiran dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Prima Desa Aman.

"Mangsa yang terperosok ke bahagian bawah treler dikeluarkan dengan bantuan jengkaut pengangkat pada jam 2.35 petang oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi Tech," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf