X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Waspada sindiket penipuan bayaran SST guna nama LHDN

LHDN
A
A

PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengesan sindiket penipuan yang bergerak aktif dengan mengarahkan mangsa membuat bayaran tertunggak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melalui surat palsu yang menggunakan nama dan logo LHDN bagi memperdayakan orang ramai.

Dalam kenyataan hari ini, LHDN berkata, surat palsu berkenaan mengandungi butiran peribadi mangsa termasuk maklumat perbankan dan amaun cukai tertunggak yang perlu dibayar serta turut dilengkapi dengan tandatangan palsu pegawai LHDN.

Bagaimanapun katanya, orang awam boleh mengenalpasti surat palsu tersebut dengan mudah kerana perihal SST adalah dikendalikan oleh agensi lain dan bukannya di bawah kendalian LHDN.

"LHDN memandang serius terhadap perkara ini dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan setiap panggilan, emel mahupun surat yang meragukan dengan mendapatkan pengesahan daripada LHDN terlebih dahulu," katanya.

Menurut LHDN, sebarang bayaran cukai juga hendaklah dibuat terus ke akaun LHDN dan bukannya melalui akaun peribadi individu mahupun pihak ketiga. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!