X

Kindly register in order to view this article
!

Sidang DUN Selangor: MB bentang Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor

Amirudin Shari
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan membentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang bermula Isnin ini.

Amirudin berkata, pelan itu akan dilaksanakan khusus untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

"Sidang DUN akan berlangsung dari 13 hingga 24 Julai ini.

"Insya-ALLAH saya akan membentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor pada 13 Julai (Isnin) jam 11.30 pagi khusus bagi memacu pertumbuhan ekonomi serta mensejahterakan rakyat Selangor pasca koronavirus (Covid-19) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasminya hari ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!