X

Kindly register in order to view this article
!

Remaja cedera terjatuh di Bukit Panau

Anggota bomba dan APM mengusung mangsa yang cedera selepas tergelincir semasa mendaki di Bukit Panau pagi tadi.
A
A

TANAH MERAH - Seorang remaja berusia lingkungan 14 tahun cedera di bahagian kepala dan dada selepas terjatuh semasa menjalani aktiviti mendaki di Bukit Panau di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Rafain Mat Zin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.50 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian bersama lima anggota dan sebuah jentera.

Menurutnya, remaja itu terjatuh di lereng bukit yang berturap semasa turun bukit dan mengalami kecederaan di bahagian kepala serta dada.

"Mangsa kemudiannya dibawa turun menggunakan alat pengusung dan dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut.

"Operasi ini turut dibantu sepasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta orang awam yang berada di lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Rafain turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan ketika mendaki bukit terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!