Jawi kuat kuasa akta berkaitan transgender

Mohd Ajib Ismail
Mohd Ajib Ismail
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menguatkuasakan akta berkaitan transgender mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail berkata, SOP berkenaan sudah lengkap untuk dikuatkuasakan oleh penguat kuasa Jawi.

Beliau berkata, SOP berkenaan juga telah dibincangkan di peringkat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) manakala jabatan agama di setiap negeri akan menjadi pelaksana dalam menguruskannya.

"Kita hanya akan kuatkuasakan akta sedia ada dan melaksanakan tugas sebagaimana SOP ditetapkan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohd Ajib berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Facebooknya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN - Kerajaan komited atasi isu transgender: Zulkifli

Menerusi kenyataannya, Zulkifli berkata, golongan transgender yang ditangkap Jawi perlu diberi pendidikan atau tarbiah supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

Beliau berkata, pihaknya turut memberi kuasa penuh kepada semua penguat kuasa Jawi untuk melaksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan.

Artikel Berkaitan: