X

Kindly register in order to view this article
!

Polis cari 577 individu gagal buat saringan kedua Covid-19

Abdul Hamid Bador
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 532 individu yang menjalani kuarantin di rumah dikenal pasti gagal hadir saringan kedua koronavirus (Covid-19) di klinik kesihatan berhampiran masing-masing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, jumlah itu merangkumi 303 orang di Selangor, Kuala Lumpur (156), Johor (62), tiga di Sabah, masing-masing dua di Pahang dan Kedah serta seorang masing-masing di Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Sarawak, katanya.

Menurutnya, polis menerima senarai 577 individu yang dikategorikan ‘tercicir’ iaitu gagal hadir saringan kedua Covid-19 dari Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan pada Jumaat lalu.

“Sehubungan itu, Jabatan Siasatan Jenayah telah melancarkan tindakan pengesanan ke atas individu-individu terbabit di seluruh negara. Seramai 392 individu berjaya dihubungi menerusi panggilan telefon manakala seramai 140 individu pula dikesan menerusi alamat rumah.

“Kesemuanya masih belum menjalani saringan kedua Covid-19 itu dinasihati hadir membuat saringan kedua pada kadar segera di klinik-klinik kesihatan berdekatan dan ketika ini kita sedang menjejaki baki 45 individu,” katanya di sini.

Katanya, jika masih ingkar, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut Akta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan undang-undang lain yang berkuat kuasa.

Pada 1 Julai lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dilapor berkata, seramai 1,472 individu yang menjalani kuarantin di rumah masih belum menjalani ujian Covid-19 kedua pada hari ke-13 tempoh kuarantin mereka. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus