Ular sawa bawah mesin proses ayam

Seekor ular sawa sepanjang dua meter ditangkap di kedai menjual ayam di Kampung Panjang Sari, Pagoh hari ini.
Seekor ular sawa sepanjang dua meter ditangkap di kedai menjual ayam di Kampung Panjang Sari, Pagoh hari ini.
A
A
A

PAGOH - Seekor ular sawa ditemui di bawah sebuah mesin proses ayam di kedai menjual ayam di Kampung Panjang Sari di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 9.46 pagi, seorang pekerja kedai itu yang mahu memproses ayam terlihat sesuatu melingkar di bawah mesin tersebut.

Pekerja yang terkejut itu kemudian mengarahkan semua yang ada supaya mengosongkan kedai sebelum menghubungi pihak bomba.

Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Husaini Eddy Mustafa berkata, pihaknya segera mengalihkan mesin tersebut dan menangkap ular sawa itu dengan menggunakan alat penjerut.

"Panjang ular sawa ini kira-kira dua meter dan semasa ditangkap ia tidak agresif," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Katanya, reptilia tersebut mungkin datang dari kawasan semak berhampiran dengan menyusuri bahagian parit besar di depan kedai berkenaan.

Beliau tidak menolak kemungkinan bau darah ayam yang kuat dari kedai itu menarik perhatian ular sawa berkenaan untuk datang.

Artikel Berkaitan: