X

Kindly register in order to view this article
!

PM terima kunjungan hormat Mufti Wilayah Persekutuan

Luqman melakukan kunjungan hormat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perdana Menteri semalam.
A
A

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Abdullah melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perdana Menteri semalam.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, beberapa perkara dibincangkan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri.

"Beberapa perkara termasuk pengurusan fatwa serta hal ehwal Islam semasa di Wilayah Persekutuan dan di peringkat nasional.

"Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan turut berkesempatan melaporkan pencapaian semasa serta perancangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam menambah baik pengurusan dan penyelidikan berkaitan kefatwaan," katanya menerusi kenyataan.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menyambut baik segala saranan Perdana Menteri di dalam memaju dan memperkasakan pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus