Arteta turunkan Mustafi

Shkodran Mustafi
Shkodran Mustafi
A
A
A

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta bakal menurunkan pertahanan Jerman, Shokdran Mustafi dalam kesebelasan utama itu pada aksi berdepan Tottenham Hotspurs, malam ini.

Arteta berkata, aksi cemerlang yang dipamerkan Mustafi dalam 15 daripada 17 perlawanan terkini skuad The Gunners itu termasuk enam perlawanan tanpa dibolosi, dilihat cukup meyakinkankannya untuk menurunkan pemain pertahanan berusia 28 tahun itu.

Menurut Arteta, dia turut menggemari corak permainan Mustafi yang dilihat mampu mengukuhkan benteng pertahanan bagi mengekang asakan-asakan tuan rumah.

“Perlawanan malam ini sebagai penting dalam usaha dalam usaha merebut slot ke Liga Europa musim depan.

“Oleh itu, saya gembira dengan Mustafi khususnya dengan komitmen yang ditunjukkan ketika beraksi di padang selain dalam apa juga perkara yang dilakukannya. Dia sentiasa komited dengan semua perkara.

“Gaya permainannya juga cukup menarik dan dia mampu meneruskan aksi konsisten di padang, biarpun selama tiga atau empat hari lamanya.

“Dia juga tahu apa yang saya mahukan dan sentiasa mengikut arahan yang diberikan ketika beraksi di padang,” katanya.

Untuk rekod Arsenal kini berada pada tangga ke lapan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 50 mata hasil 12 kemenangan, 14 seri dan tewas lapan kali daripada 34 perlawanan manakala Tottenham Hotspurs berada di tangga ke sembilan dengan 49 mata hasil 13 kemenangan, 10 seri dan tewas 11 kali daripada 34 perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Arteta berkata, dia telah memberikan bayangan kepada pihak pengurusan pasukan untuk Mustafi menandatangani kontrak baharu bersama skuad The Gunners itu musim depan.

Bagaimanapun katanya, semua keputusan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan pasukan sama ada mahu mengekalkan khidmat pemain berkenaan atau tidak.

“Sebelum ini dia (Mustafi) memang jarang diturunkan oleh Unai Emery. Tetapi saya merasakan ada perkara yang ada padanya tetapi tidak dilihat oleh pasukan.

“Bagi saya, Mustafi adalah seorang pemain yang konsisten,” katanya.