Pemandu lori maut nahas dua kenderaan

Anggota bomba cuba mengeluarkan seorang pemandu yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 5.5, Lebuhraya Utara-Selatan, Johor Bahru hari ini.
Anggota bomba cuba mengeluarkan seorang pemandu yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 5.5, Lebuhraya Utara-Selatan, Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu maut dan seorang lagi pemandu cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Kilometer 5.5, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6.11 pagi itu, Erman Misran, 36, yang memandu lori 3 tan dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lori dipandu Saffrizal Syahrial, 31.

Kemalangan melibatkan kedua-dua buah lori yang membawa muatan bahan mentah itu mengakibatkan Erman tersepit di tempat duduk pemandu.

Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamaat (BBP) Tebrau dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Khairul Azhar Abd Aziz berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

"Pihak bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa tersepit kerana bahagian depan lori remuk.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak pegawai perubatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, Saffrizal pula dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 7.22 pagi.

Artikel Berkaitan: