X

Kindly register in order to view this article
!

PAP kekal berkuasa di Singapura

PAP memperoleh 93 peratus kerusi dan hampir 70 peratus keseluruhan undi.
A
A

SINGAPURA - Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum Singapura 2020 (GE2020) semalam.

Keputusan kali ini menyaksikan PAP memperoleh 83 kerusi Parlimen atau 89 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi namun peratusan undi popular parti itu merosot kepada 61 peratus.

"PAP memperoleh 93 peratus kerusi dan hampir 70 peratus keseluruhan undi.

"Peratusan undi popular tidak setinggi seperti yang saya harapkan. Pun begitu, keputusan tersebut menunjukkan sokongan meluas bagi PAP," katanya awal hari ini.

Parti pembangkang mencatatkan pertambahan kerusi dalam pilihan raya kali ini.

Parti Pekerja adalah satu-satunya parti pembangkang yang memenangi kerusi di Parlimen berjaya menambah daripada enam kepada 10 kerusi.

GE2020 berlangsung agak kontroversi yang menyaksikan pengundi terpaksa beratur dalam barisan lebih panjang daripada biasa serta keputusan mengejut Jabatan Pilihan Raya (ELD) untuk melanjutkan tempoh pengundian sehingga jam 10 malam.

Tempoh membuang undi di pusat pengundian di Singapura dilanjutkan selama dua jam walaupun proses Pilihan Raya Umum ke-13 itu dijadualkan berakhir pada jam 8 malam.

Pengundian dilakukan hanya beberapa minggu selepas Singapura, antara negara paling teruk terjejas akibat koronavirus (Covid-19). - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!