Cicak ganjil berkaki panjang

Seorang wanita terpaksa menggunakan aplikasi Tik Tok untuk berkongsi video seekor cicak ganjil berkaki panjang. - Foto Tik Tok
Seorang wanita terpaksa menggunakan aplikasi Tik Tok untuk berkongsi video seekor cicak ganjil berkaki panjang. - Foto Tik Tok
A
A
A

NEVADA - Seorang wanita terpaksa menggunakan aplikasi perkongsian video, Tik Tok bagi mendapatkan pertolongan selepas dia terkejut melihat satu spesies cicak berkaki panjang yang ganjil di bandar raya Boulder, Nevada, Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita Daily Star pada 8 Julai lalu.

Para pengguna laman tersebut kemudian meminta maklumat lebih lanjut tentang haiwan tersebut daripada wanita berkenaan.

Bagaimanapun, dia hanya menjelaskan terdapat makhluk ganjil itu yang ditemui di bandar raya ini.

Para pengguna menjadi binggung selepas melihat haiwan tersebut tergantung dengan menggunakan dua kaki depannya pada bongkah batu.

Haiwan ganjil dipercayai daripada spesies cicak yang ditemui di bandar raya Boulder, Nevada, Amerika Syarikat. - Foto Tik Tok
Haiwan ganjil dipercayai daripada spesies cicak yang ditemui di bandar raya Boulder, Nevada, Amerika Syarikat. - Foto Tik Tok

Ketika ribuan pengguna laman itu membuat tekaan, sebahagian pengguna menyamakan mahkhluk itu dengan haiwan yang menyeramkan seperti dalam sebuah filem.

Terdapat juga pengguna lain bergurau dengan menyatakan ia merupakan satu watak dalam filem Star Wars.

Seorang lagi pengguna cuba untuk mencari maklumat di internet tetapi gagal untuk mendapatkan sebarang jawapan.

Artikel Berkaitan:

"Adakah ini betul? Saya baru membuat pencarian di Google dan tidak menemui sebarang jawapan," katanya.

Sebahagian pengunjung berasa ragu haiwan itu wujud dan mencadangkan ia mungkin patung kanak-kanak. - Agensi