X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin Yassin
A
A

MEMANG Awang teruja dengan cadangan agar Tan Sri Perdana Menteri kembali ke pangkuan UMNO.

Kata Tuk Seri Tajuddin Rahman jika itu berlaku, ibarat sirih pulang ke gagang. Dalam politik, tiada yang mustahil, malah semuanya mungkin. Hari ini begini esok begitu. Hari ini kawan baik, esok jadi musuh dan begitulah sebaliknya.

Tan Sri Perdana Menteri memang orang kuat UMNO dulu. Beliau pernah jadi Naib Presiden masa Tuk Seri Anwar pimpin Team Wawasan pada tahun 1993. Tiga tahun kemudian beliau tewas.

Apabila Bossku Tuk Seri Najib jadi Perdana Menteri, beliau jadi Timbalan. Lepas itu, kena singkir sebab tak sehaluan dengan Bossku Tuk Seri Najib khususnya dalam isu skandal 1MDB.

Siapa sangka beliau akhirnya jadi Perdana Menteri? Memang beliau pun pernah mengata UMNO macam-macam sebelum ini. Kemudian beliau bersama UMNO buat kerajaan baharu.

Jadi Awang tak terkejut jikalau beliau ikut cadangan Tuk Seri Tajuddin untuk masuk UMNO semula.

Awang cuma nak ingatkan, Tan Sri Perdana Menteri ada parti sendiri. Kecil atau besar tak penting. Tapi ada platform yang kuat.

Dengan masuk UMNO semula maknanya beliau menyerah diri pada kuasa yang lain. Awang rasa akan bertambah lemahlah beliau dan terhakislah partinya, Bersatu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!