X

Kindly register in order to view this article
!

Mohd Nur Ismal dilantik semula sebagai CEO MyHSR Corp

MOHD NUR ISMAL
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Mohd Nur Ismal Kamal kembali ke MyHSR Corporation Sdn Bhd berikutan pelantikan semula beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya berkuat kuasa hari ini.

Mohd Nur Ismal sebelum ini pernah menjawat jawatan sama dari 2015 hingga kontraknya tamat pada penghujung 2019.

“Saya teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan sekali lagi untuk memimpin MyHSR Corp. Saya berharap dapat membina kejayaan ini dan pada masa yang sama memastikan syarikat kekal fokus mewujudkan impak positif kepada ekonomi, rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Nur Ismal antara lain akan bertanggungjawab untuk mengawasi dan melaksanakan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG).

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Strategi, Kewangan dan Pemasaran dari Kellogg Graduate School of Management, Northwestern University, Illinois dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan dan Sains Pemutusan (Decision Sciences) dari University of Denver di Colorado.

Beliau sebelum ini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kini dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Mohd Nur Ismal mempunyai pengalaman luas dan pernah terlibat dalam industri pengangkutan awam Malaysia sejak 2008 dan memainkan peranan penting dalam pelancaran empat laluan bas Go-KL City di Kuala Lumpur, bangunan pertama Bus Rapid Transit (BRT) di Malaysia dan pembangunan Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara yang membantu menetapkan visi hala tuju industri pengangkutan awam di Malaysia.

Beliau juga telah mengetuai pembangunan projek Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang, antaranya pelancaran laluan MRT di Malaysia. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus