X

Kindly register in order to view this article
!

Ujian getir menanti gergasi Eropah

Gambar atas: Undian Liga Juara-Juara, gambar bawah: Undian Liga Europa
A
A

Dua gergasi Eropah - Barcelona dan Bayern Munich dijangka berentap sesama sendiri pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara berdasarkan majlis undian suku akhir yang berlangsung di Nyon hari ini.

Bayern kini berada 'sebelah kaki' ke peringkat suku akhir bersandarkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Chelsea di Stanford Bridge pada aksi pertama peringkat 16 terbaik Februari lalu.

Barcelona pula memiliki sedikit kelebihan apabila menanti kunjungan kelab Itali, Napoli nanti selepas kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 pada aksi pertama peringkat 16 terbaik.

Sementara itu, Manchester City yang terlepas trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sudah pasti mahu menebus kekecewaan mereka dalam saingan Eropah.

Barcelona berada 'sebelah kaki' ke suku akhir Liga Juara-Juara.
Barcelona berada 'sebelah kaki' ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Selepas menang 2-1 ke atas Real Madrid pada aksi pertama peringkat 16 terbaik Mac lalu, The Citizens pastinya mahu menggunakan kelebihan tersebut bagi menyambar tiket suku akhir bertemu lawan sama ada Juventus atau Lyon.

Dalam pada itu, undian yang berlangsung hari ini menyaksikan empat pasukan sudah mengesahkan slot suku akhir. RB Leipzig yang menyingkirkan Tottenham Hotspur sebelum ini bakal berdepan Atletico Madrid manakala Paris Saint Germain (PSG) bertemu Atalanta.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus