Amanah sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja: Mat Sabu

Tangkap layar Twitter Mohamad Sabu.
Tangkap layar Twitter Mohamad Sabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang menentang 'kerajaan pintu belakang' demi kepentingan rakyat, kata Presidennya, Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu berkata demikian berikutan pengumuman enam ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bergerak sebagai blok Bebas bersama Parti Warisan Sabah (Warisan) dan kekal melawan Perikatan Nasional (PN).

"Susulan pengumuman enam MP (ahli Parlimen) Bersatu berprinsip diketuai Tun Dr Mahathir untuk bergerak sebagai blok Bebas bersama Warisan dan kekal melawan PN.

"Amanah sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang menentang 'kerajaan pintu belakang' demi kepentingan rakyat," ciap Mohamad di Twitter beliau hari ini.

Mohamad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Raja merujuk kenyataannya itu kepada kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hari ini, Dr Mahathir bersama lima ahli Parlimen lain menyatakan mereka akan kekal bersama Warisan yang diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai blok Bebas.

Kenyataan itu dipersetuju Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun bersama empat Ahli Parlimen lain iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Artikel Berkaitan: