Lelaki gelandangan menangis lihat transformasi diri

Jose Antonio semasa gelandangan dan Jose Antonio selepas ditatarias. - Foto Facebook La Salvajeria
Jose Antonio semasa gelandangan dan Jose Antonio selepas ditatarias. - Foto Facebook La Salvajeria
A
A
A

PALMA - Seorang lelaki gelandangan berubah gaya lebih kemas dan tampan selepas ditatarias oleh pemilik salun gunting rambut di Majorca Palma, Sepanyol.

Jose Antonio, 57, menjadi gelandangan sejak 25 tahun lalu dan kali pertama bertemu, dirinya kelihatan kusut dan tidak terurus dengan rambut serta jambang yang panjang.

Sebuah video mengenai transformasinya dibuat 18 bulan lalu tetapi pemilik salun baru sahaja memuat naiknya di Twitter sehingga tular di laman sosial.

Jose dikenali sebagai Josete telah bertukar warna rambut kepada hitam dan kelihatan segak seperti pelakon Hollywood.

Bercakap secara eksklusif kepada MailOnline, Josete memberitahu, dia kini mempunyai tempat tinggal, pakaian baharu dan menjalani rawatan perubatan mata, telinga dan kakinya.

"Saya tidak menyangka perubahan pada diri ini dan semua ini kerana pertolongan orang ramai termasuk pemilik salun rambut dan penduduk tempatan yang memberi sokongan kepada saya.

"Saya akan sentiasa berterima kasih kepada mereka," katanya.

Penampilan dirinya akan mengubah kehidupannya kepada lebih baik pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan:

Rakaman video itu menunjukkan sebaik sahaja melihat perubahan luar biasa wajahnya di cermin, Josete menangis malah seolah-olah tidak mengenali dirinya.