PH Negeri Sembilan tidak terjejas

Aminuddin melihat jentera yang digunakan untuk membersih pantai di Port Dickson hari inu.
Aminuddin melihat jentera yang digunakan untuk membersih pantai di Port Dickson hari inu.
A
A
A

SEREMBAN - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine keluar DAP dan mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas tidak akan menjejaskan imej Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu juga tidak mencemarkan kepimpinan PH di negeri ini sebaliknya sokongan ADUN itu tetap bersama PH.

Aminuddin yang juga Menteri Besar negeri itu berkata, Mary Josephine hanya mempunyai masalah dalaman dengan DAP sahaja.

"Malam tadi beliau ada berjumpa saya dan memaklumkan perkara ini (keluar DAP), saya sudah menasihatkan beliau dan memintanya memikirkan tetapi tidak sangka pagi tadi beliau nekad membuat keputusan. Itu hak dia.

"Saya serahkan kepada pucuk pimpinan DAP untuk selesaikan masalah ini dan saya dimaklumkan bahawa DAP sedang memujuk beliau (Mary Josephine) untuk bersama semula dengan DAP.

"Saya yakin walaupun beliau tidak bersama DAP tetapi sokongannya terhadap kerajaan negeri dan PH tidak berbelah bahagi. Jadi saya yakin beliau sebagai pejuang lama yang akan tetap bersama Pakatan Harapan," katanya ketika ditemui pada program Kempen Pembersihan Pantai, di Pantai Saujana Batu 4 Port Dickson dekat sini hari ini.

Tambahnya, beliau dimaklumkan ADUN Rahang itu hanya mahu meletakkan semua jawatan dan keluar parti sahaja tetapi bukan mahu melompat parti.

Kata Aminuddin, beliau sedia maklum mengenai isu yang dipersoalkan oleh Josephine sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan sedemikian.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Zulkefly Mohd Omar berkata, tiada sebarang Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan, berikutan ADUN Rahang hanya keluar parti sahaja, bukan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan.