Daus Eli timang anak perempuan ketiga

Penyanyi, Daus AF8
A
A

PENYANYI, Daus AF8, dan isteri selamat menimang cahaya mata perempuan ketiga, pada Jumaat lalu.

Bercakap kepada Sinar Harian, Muhd. Shahril Firdaus Eli atau Daus Eli, 29, isterinya selamat bersalin sekitar pukul 5.23 petang dan berat bayi, 3.5 kilogram.

"Alhamdulillah, dapat baby perempuan, tapi nama belum buat keputusan lagi nak berikan nama apa.

"Sebelum ini harapan dan bayangan macam dapat anak lelaki, tapi syukur janji baby sihat, tak kisah anak lelaki ataupun perempuan.

"Cuma itulah, isteri nak baby boy...

"Harap semua peminat saya dapatkan doakan keluarga kecil kami ini yang terbaik ya," katanya penyanyi 1000 Rasa Cinta ketika dihubungi.

Bekas peserta Akademi Fantasia dan isteri, Syaza Shamimi Jalaluddin Khan , selamat mendirikan rumah tangga sekitar awal Jun 2013.

Hasil perkongsian hidup sebelum ini mereka dikurniakan dua cahaya mata, yang pertama Delysha Senzela, 5 tahun, anak kedua, Myesha Sehrish, 3 tahun.