Agong, Permaisuri berkenan lawat mural papar potret baginda

Al-Sultan Abdullah berdiri di samping potret wajah baginda yang dilukis di dinding bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor hari ini. Foto: Facebook Istana Negara
Al-Sultan Abdullah berdiri di samping potret wajah baginda yang dilukis di dinding bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor hari ini. Foto: Facebook Istana Negara
A
A
A

SHAH ALAM - Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini melakar sejarah tersendiri apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat mural gergasi potret pemimpin negara termasuk potret Seri Paduka Baginda yang diabadikan pada sebuah dinding bangunan rumah kedai.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, Seri Paduka Baginda turut meluangkan masa beramah mesra dan berinteraksi bersama tiga pelukis muda yang menghasilkan potret berkenaan.

"Muhammad Suhaimi Ali, 27; Muhamad Firdaus Nordin, 26, dan Abdul Hadi Ramli, 27, pada mulanya menghasilkan potret Al-Sultan Abdullah sebagai tanda penghargaan mereka atas kebijaksanaan Seri Paduka Baginda menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara pada Februari lalu," katanya.

Menurutnya, keberangkatan Al-Sultan Abdullah untuk menyaksikan mural potret gergasi itu adalah inisiatif Seri Paduka Baginda sendiri yang amat prihatin dengan golongan belia.

"Ia juga mencerminkan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda dalam menyantuni ketiga-tiga pelukis mural tersebut demi menghargai usaha murni dan hasil seni titik peluh mereka yang mendapat sambutan hangat dan tular di media sosial," katanya.

Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah serta anakanda baginda bergambar di samping potret baginda yang dilukis di dinding bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor hari ini. Foto: Facebook Istana Negara
Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah serta anakanda baginda bergambar di samping potret baginda yang dilukis di dinding bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di Shah Alam, Selangor hari ini. Foto: Facebook Istana Negara

Ahmad Fadil berkata, dalam lawatan yang berlangsung hampir sejam setengah itu, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada ketiga-tiga pelukis mural tersebut atas cara mereka mengekspresikan penghormatan kepada pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.

Menurutnya, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan agar usaha ketiga-tiga pelukis mural itu dijadikan contoh, sumber inspirasi dan teladan kepada golongan belia untuk lebih menghargai pemimpin dan negara serta menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.

Sementara itu, Muhammad Suhaimi berkata, beliau tidak menyangka mural potret gergasi itu menarik perhatian Al-Sultan Abdullah sehingga Seri Paduka Baginmencemar duli untuk menyaksikan sendiri hasil kerjanya bersama Abdul Hadi dan Muhamad Firdaus.

Artikel Berkaitan:

"Saya memang terkejut dan teruja. Ia menjadi kenangan paling manis dan pencapaian terbaik untuk saya sebab individu berkedudukan paling tinggi dalam negara sanggup datang mencemar duli. Saya beruntung kerana tak semua artis (pelukis) dapat pengalaman seperti ini.

"Tujuan saya melukis (potret gergasi) ini sebenarnya untuk mendedikasikan penghargaan kepada pemimpin negara yang banyak berkorban masa dan tenaga dalam memastikan Malaysia bebas daripada ancaman wabak Covid-19," katanya.

Selain potret Yang di-Pertuan Agong, tiga sekawan tersebut turut melukis potret Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada dinding premis berkenaan.