Ibu bapa perlu didik anak seimbang ilmu dunia akhirat

Pendidikan di Abim bermatlamat melahirkan generasi berketrampilan celik al-Quran.
Pendidikan di Abim bermatlamat melahirkan generasi berketrampilan celik al-Quran.
A
A
A

SUNGAI PETANI – Kanak-kanak perlu dididik dengan jiwa rabbani, bukannya didikan yang hanya membangunkan jiwa duniawi dan bersifat sementara.

Yang Dipertua Abim Daerah Kuala Muda, Amir Mohd Nason berkata, sesetengah ibu bapa dan guru selama ini hanya mahu melihat kejayaan anak-anak melalui keputusan peperiksaan semata-mata tanpa mempedulikan kepentingan ilmu ukhrawi dan al-Quran.

“Penghasilan modal insan melalui pendidikan kini seolah tidak punya kepatuhan dan ketaatan kepada Tuhan,” katanya.

Disebabkan itu katanya, semua pihak harus kembali menilai semula tujuan dan matlamat pendidikan.

Menurutnya, hal ini penting agar anak-anak terdidik mengikut acuan pendidikan yang mampu menyerlahkan potensi mereka yang sebenar iaitu menjadi hamba ALLAH yang bertakwa dan mampu memberi manfaat kepada insan lain.

Beliau berpendapat, ibu bapa atau pendidik dilihat hanya tertumpu untuk mengejar 'A' dalam pelajaran tetapi jauh tertinggal dari sudut akhlak.

Beliau berkata, dalam konteks pendidikan di Abim, Pendidikan Islam adalah proses penyempurnaan insan yang berilmu serta melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH SWT.

“Abim menekankan konsep kesepaduan, mengintegrasikan keperluan duniawi dan ukhrawi selain meletakkan kepentingan berakhlak sebelum berilmu bagi melahirkan generasi berketrampilan berteraskan al-Quran,” katanya.

Artikel Berkaitan: