PN dijangka menang jika PRU15 dalam masa terdekat: Shahidan

SHAHIDAN KASSIM
SHAHIDAN KASSIM
A
A
A

KANGAR - Perikatan Nasional (PN) dijangka mampu menang bergaya sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBC), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau menjangkakan PRU15 diadakan selewat-lewatnya awal tahun depan.

Beliau berkata, sekiranya pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat, PN dijangka memiliki peluang cerah berdasarkan sentimen semasa rakyat yang menolak Pakatan Harapan (PH).

"Mengikut perkiraan politik, pilihan raya akan berlaku pada awal tahun hadapan. Namun, PN perlu menyelesaikan beberapa perkara berbangkit. Antaranya soal pengagihan kerusi sesama parti di dalam gabungan berkenaan," katanya selepas mempengerusikan satu mesyuarat bersama barisan jentera parti di Yayasan Pok Dan Kassim di sini kelmarin.

Dalam perkembangan lain, Shahidan yang juga Pengerusi UMNO Perlis berkata, UMNO Perlis turut menyatakan sokongan penuh terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan: