Adik mendiang Kevin Morais puas hati keputusan mahkamah

Antara Timbalan Pendakwa Raya yang juga rakan kepada mendiang Kevin Morais yang hadir memberi sokongan kes berkenaan di mahkamah hari ini.
Antara Timbalan Pendakwa Raya yang juga rakan kepada mendiang Kevin Morais yang hadir memberi sokongan kes berkenaan di mahkamah hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Adik bongsu mendiang Datuk Anthony Kevin Morais, Datuk Richard Morais berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada enam lelaki selepas didapati bersalah membunuh abangnya lima tahun lalu.

Menurutnya, keputusan itu memberi keadilan dan membela nasib abangnya yang juga seorang Timbalan Pendakwa Raya.

"Saya harap dengan keputusan ini akan memberi pengajaran kepada penjenayah bahawa mereka tidak akan diberi peluang berada dalam masyarakat lagi selepas ini.

"Terima kasih juga kepada semua kerana meluangkan masa bagi kes ini, " katanya sambil menangis kegembiraan selepas mendengar keputusan kes ketika ditemui di luar mahkamah hari ini.

Richard (kiri) ketika ditemui di luar mahkamah.
Richard (kiri) ketika ditemui di luar mahkamah.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Saiful Edris Zainuddin ketika ditemui di luar mahkamah mengucapkan syukur di atas keputusan yang memihak kepada mereka.

Enam lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh Kevin Morais yang mayatnya ditemui disimen dalam tong dram lima tahun lalu.

Mereka ialah pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 57; pemberi pinjaman wang, S Ravichandran, 49, serta empat penganggur R Dinishwaran, 28; A K Thinesh Kumar, 27; M Vishwanath, 30; dan S Nimalan, 27.

Artikel Berkaitan:

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan pasukan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan kes.

Kevin Morais dilaporkan hilang pada 4 September 2015 yang mana sebelum ini dilihat meninggalkan apartmennya di Menara Duta di sini dengan menaiki kereta Proton Perdana.

Mayatnya ditemukan di dalam tong dram yang disimen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 September 2015.