Tiga kotak kosmetik pelbagai jenama dirampas

Antara barangan yang ditemui dalam bungkusan tersebut.
Antara barangan yang ditemui dalam bungkusan tersebut.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Satu bungkusan mengandungi tiga kotak barangan kosmetik pelbagai jenama bernilai RM 13,277 dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan di pengkalan haram Kotak, di sini pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, bungkusan tersebut ditemui di atas anak tangga pengkalan itu dan dipercayai barang akan diambil oleh penyeludup.

"Semasa buat rondaan di sekitar jam 5.15 pagi di pengkalan haram Kotak, anggota kami ternampak bungkusan berkenaan tetapi tiada yang datang menuntutnya selepas menunggu selama 15 minit.

"Selepas diperiksa, kami menemui tiga kotak kosmetik pelbagai jenama di dalam plastik tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bungkusan yang bakal dibawa oleh pelanggan di pengkalan haram Kotak, di sini.
Bungkusan yang bakal dibawa oleh pelanggan di pengkalan haram Kotak, di sini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati barang itu dipercayai diseludup dari negara Thailand untuk pasaran tempatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen Sek 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan: