X

Kindly register in order to view this article
!

Liga-M dibenarkan bersambung 15 Ogos

Saingan Liga Malaysia terpaksa ditangguhkan sejak Mac lalu akibat penularan pandemik Covid-19.
A
A

KERAJAAN membenarkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) bersambung semula 15 Ogos ini namun perlu dilangsungkan tanpa melibatkan kehadiran penonton.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penganjuran liga tersebut perlu diadakan secara terkawal oleh penganjur dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Mesyuarat (Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP) juga telah bersetuju membenarkan penganjuran kejohanan yang tidak melibatkan penonton dan di dalam negara sahaja.

"Sukan bersentuhan fizikal seperti bola sepak, ragbi, hoki sepak takraw bola keranjang dan skuasy dibenarkan 15 Ogos.Contoh pertandingan seperti Liga super, Liga Premier, Sepak Takraw League (STL), Liga Hoki kita benarkan 15 ogos nanti," katanya.

Dalam pada itu, kerajaan juga telah bersetuju membenarkan penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan tanpa penonton melibatkan sukan tanpa sentuhan fizikal seperti sukan permotoran dan sukan individu 15 julai ini.

"Manakala aktiviti sukan dan rekerasi yang bersentuhan fizikal juga akan bermula 15 julai iaitu sukan berpasukan seperti bola sepak, ragbi, renang, sepak takraw dan sukan tempur.

"Serentak dengan itu, pengusaha-pengusaha padang komersil, operator gelanggang futsal, fasiliti sukan dan akademi juga dibenarkan beroperasi semula bermula 15 Julai.

"Bagaimanapun, pelaksanaan aktiviti sukan dan penganjuran kejohanan perlu diadakan dalam keadaan yang terkawal (controlled environment) oleh operator premis dan penganjur acara dengan SOP Am

Pengurusan, SOP Am Pra-Penganjuran dan SOP Am Penganjuran yang perlu dipatuhi.

"Semua pemain yang masuk perlu memuat turun aplikasi My sejahtera, disaring suhu badan dan gejala, kawalan bilangan petugas dan pengguna dihadkan mengikut sesi dan setiap peralatan perlu dinyahkuman selepas setiap penggunaan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus