Hanya kita berdua, kata Naya Rivera

Naya River hilang selepas berenang di tasik Piru, California. (Status terakhir Naya Rivera di Twitter rasminya mengundang sebak peminatnya.)
Naya River hilang selepas berenang di tasik Piru, California. (Status terakhir Naya Rivera di Twitter rasminya mengundang sebak peminatnya.)
A
A
A

PELAKON siri muzikal popular Glee, Naya Rivera sempat memuat naik status terakhir di Twitter sebelum dilaporkan hilang selepas menaiki sebuah bot yang disewa di Tasik Piru, California, Rabu lalu.

Di Twitter rasmi yang memiliki 1.5 juta pengikut dihujani komen daripada peminat yang meluahkan rasa hiba membaca perkongsian terakhirnya.

Naya River sempat memuat naik gambar mesra bersama anaknya Josey Hollis Dorsey berusia empat tahun dengan kapsyen, 'hanya kita berdua' jam 6.16 pagi.

Washington Post melaporkan ketika kejadian, anaknya ditemui sedang tidur di dalam bot dengan memakai jaket keselamatan.

Josey memberitahu, mereka berdua turun ke tasik untuk berenang tetapi hanya dia yang kembali ke bot.

Menurut Jabatan Sheriff Daerah Ventura, kanak-kanak itu ditemui bersendirian oleh individu yang menaiki bot lain sekitar 3 jam kemudian.

Menurut saksi, ketika itu bot sudah pun hanyut dan dia melihat anak lelaki mangsa sedang tertidur di dalam bot berkenaan sambil di badannya tersarung jaket keselamatan.

Petugas di tasik berkenaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan misi menyelamat dilakukan dengan menggunakan bantuan helikopter, dron dan pasukan penyelam.

Artikel Berkaitan:

Menurut sumber, anak lelaki mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pihak berkuasa kini masih melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Naya Rivera yang juga merupakan bekas isteri kepada aktor, Ryan Dorsey.

Difahamkan tasik itu ditutup kepada orang awam buat sementara bagi usaha menyelamat dan mencari pelakon tersebut.