Ipoh menjadi bandar pintar 10 tahun lagi

Rumaizi Baharin
Rumaizi Baharin
A
A
A

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merancang membangunkan pusat bandar Perak sebagai bandar raya pintar menjelang 2030.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, blue print dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar Unit Smart City, PlanMalaysia dan Universiti Malaya dijangka siap Ogos ini.

Beliau berkata, perbincangan akhir akan diadakan bersama agensi teknikal bagi mengenal pasti sasaran utama dalam pelaksanaan domain utama bandar pintar selaras dengan ‘Malaysia smart city framework'.

“Laporan ini akan dijadikan panduan supaya isu yang menimbulkan ketidak selesaan kepada penduduk dan pengunjung dapat ditangani sekali gus membantu menjadikan bandar Perak lebih bersih, lebih hijau dan lebih maju,” katanya sempena 100 hari sebagai Datuk Bandar Ipoh.

Dalam tempoh satu dekad itu, Rumaizi turut merancang melaksanakan program Bandar Rendah Karbon.

“Pelaksanaan ini amat menepati keperluan semasa berikutan kesan perubahan iklim yang ketara. Justeru, Malaysian Green Technology and Climate Change Centre akan bekerjasama dengan MBI dalam mewujudkan zon rendah karbin dalam kawasan bandar raya itu.

“MBI juga akan mengadakan kerjasama ilmiah bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi penyediaan ‘blue print’ Ipoh Bandar Rendah Karbon 2030,” katanya.

Katanya, visi tersebut menjadikan Ipoh sebagai bandar raya berkelas dunia yang mengekalkan kehijauan dan pemuliharaan alam sekitar.

Artikel Berkaitan: