Bayi baru dilahirkan maut dicampak dari tingkat 13

Mayat bayi dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Mayat bayi dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
A
A
A

GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan maut dipercayai dicampak oleh ibunya sendiri dari tingkat 13 di Pangsapuri Sri Ivory, Air Itam di sini pagi tadi.

Kejadian itu disedari penduduk pangsapuri tersebut kira-kira jam 8.18 pagi tadi selepas terdengar bunyi dentuman kecil di tingkat bawah pangsapuri setinggi 25 tingkat.

Saksi di tempat kejadian berkata, bayi tersebut dipercayai dibuang dari bilik utama salah sebuah unit di perumahan tersebut.

Difahamkan, polis sudah mengenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun yang disyaki ibu kepada bayi malang tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan kejadian berkenaan.

Saksi kejadian, Ahmad Nizam Bakar, 46 berkata, beliau antara penduduk terawal tiba di tempat kejadian selepas mengetahui kejadian tersebut di dalam kumpulan WhatsApp penduduk pangsapuri tersebut.

Kakitangan hospital swasta itu mengakui tidak sanggup melihat keadaan bayi yang cedera teruk di kepala dan menutup mayat bayi malang tersebut menggunakan kotak yang diambil di sekitar tempat kejadian.

"Saya tinggal di sini, di tingkat 7. Pagi tadi, selepas mengetahui kejadian ini dalam kumpulan WhatsApp penduduk, saya terus ke lokasi. Sayu hati saya melihat keadaan mayat bayi yang tidak berdosa itu," katanya ketika ditemui Sinar Harian tadi.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Nizam yang juga Setiausaha Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Ivory berkata, beliau mengenali ibu bapa suspek dan keluarganya yang lain.