X

Kindly register in order to view this article
!

Arsenal lebih umpphhh tanpa penyokong

Aubameyang (kiri) menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Leicester City di Stadium Emirates pada 7 Julai lalu.
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengakui bahawa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa kehadiran penyokong banyak membantu pemain The Gunners melakar keputusan positif pada masa sama mengurangkan tekanan ketika mengharungi jadual padat.

Menurutnya, sebagai bukti perlawanan tanpa penonton telah menyerap tekanan pemain Arsenal seperti dipamerkan dalam empat perlawanan terakhir sebelum ini.

"Secara jujur saya boleh katakan bahawa bermain tanpa penonton memberi impak positif kepada pemain Arsenal khasnya di laman sendiri.

Aksi Aubameyang menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Leicester City di Stadium Emirates pada 7 Julai lalu.
Aksi Aubameyang menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Leicester City di Stadium Emirates pada 7 Julai lalu.

"Anda boleh lihat ketika mereka berdepan kesukaran apabila bermain di depan 80, 000 penonton terutama ketika pemain bersama bola atau bola mendekati mereka.

“Yang lain pula pemain memerlukan motivasi tambahan, tekanan tambahan, semangat lebih tinggi untuk tampil lebih baik.

"Ini kerana setiap pemain berbeza tetapi jumlah pemain tidak tergesa-gesa melakukan apa yang mereka lakukan," katanya.

Kelab utara London itu yang dalam pemburuan slot automatik ke saingan Eropah musim depan kini sedang bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak saingan liga bersambung pada pertengahan Jun lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf