MBSB rai pemenang PrimeWin CASA-i terima wang tunai lebih RM1 juta

Nor Azam (tengah) bersama empat daripada lima pemenang pada majlis penyerahan hadiah kempen PrimeWin CASA-i di Wisma MBSB, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Nor Azam (tengah) bersama empat daripada lima pemenang pada majlis penyerahan hadiah kempen PrimeWin CASA-i di Wisma MBSB, Kuala Lumpur baru-baru ini.
A
A
A

MBSB Bank telah memilih seramai lima pemenang kempen PrimeWin CASA-i yang dianjurkan sempena ulang tahun pertamanya pada April 2019.

Mereka ialah Hasnudin Hamzah memenangi RM1,000,000, Sivabalan S Sivansayal, Ngok Siew Meng, dan Lim Hoon Nam memenangi RM50,000 seorang serta Ng Sok Ling (RM10,000).

Hadiah disampaikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perniagaan MBSB, Datuk Nor Azam M Taib di Wisma MBSB, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasinya, Risham Akashah Kamaruzzaman.

Sementara itu, Nor Azam berkata, kempen bukan sahaja memberi penghargaan kepada pelanggan MBSB malah ia juga bertujuan mendekati pelanggan baharu.

“Kami menerima maklum balas positif mengenai kempen dan melihat pertumbuhan jumlah pelanggan baharu dengan hasil promosi kempen tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

PrimeWin CASA-i adalah kempen sepanjang tahun yang berakhir pada 30 April 2020.

Ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu bulanan, suku tahunan dan cabutan utama. MBSB menawarkan wang tunai bernilai hampir RM2,000,000 sempena kempen berkenaan.

Artikel Berkaitan: