X

Kindly register in order to view this article
!

AIM bangunkan projek biohab

Naser (gambar atas dari kanan), Toet Andre (gambar kanan di bawah), Nicholas (gambar kiri di bawah, tengah) dan Mohammad Medan (gambar atas di kanan, tengah) pada majlis MoU yang diadakan secara dalam talian baru-baru ini.
A
A

AGENSI Inovasi Malaysia (AIM) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Regal Lands Sdn Bhd (Regal), Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) dan Pelabuhan Rotterdam (PoR) bagi mewujudkan pelabuhan biohab dan pembangunan estet perindustrian di Bintulu, Sarawak.

MoU itu memberi fokus untuk mengenal pasti lokasi yang bersesuaian bagi membangunkan projek biohab dengan kerjasama erat bersama BPHB.

MoU diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AIM, Naser Jaafar; Pengarah Eksekutif Regal, Nicholas Wong; CEO Kumpulan BPHB, Datuk Mohammad Medan Abdullah dan Pengarah Urusan PoR, Toet Andre.

Naser berkata, konsep Biohab merupakan sesuatu yang telah lama difokuskan oleh unit Strategi Biomas Nasional AIM dan mereka telah memberikan masa dan usaha yang signifikan untuk mencari pihak berkepentingan yang sesuai yang mempunyai visi yang sama.

Naser Jaafar
Naser Jaafar

“Konsep ini mampu dimajukan ke fasa pelaksanaan yang seterusnya dan bakal menjadi titik perubahan kepada Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Regal, Wong Pak Kiong berkata, kerjasama bukan sahaja untuk kepentingan syarikatnya malah untuk Sarawak sekali.

“Sarawak mempunyai banyak sumber biomas yang amat kritikal kepada pelabuhan bio dan biohab, sekali gus memberikan kelebihan kepada Sarawak di dalam industri biomas.

Di samping itu, ia juga membantu meningkatkan keupayaan Sarawak menceburi industri baharu ini serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Bagi Mohammad Medan pula, pihaknya mengalu-alukan penerokaan potensi kerjasama dan pertumbuhan ekonomi untuk projek biohab berkenaan bersama kesemua pihak dengan lokasi strategik di kedua-dua pelabuhan yang dikendalikan oleh Bintulu Port Group.

Katanya, keputusan untuk menyertai projek itu juga selari dengan inisiatif Bintulu Port Group Smart Digital Green Port (SDGP) Blueprint yang mereka laksanakan.

“Kami menjangkakan kejayaan lebih besar bagi aspirasi SDGP Blueprint untuk mentransformasi pelabuhan kami dari segi operasi, kecekapan tenaga, pengurusan organisasi dan pendekatan ke atas alam sekitar.

“Hasil daripada projek ini sudah pastinya akan menyumbang kepada ekonomi negeri dan negara serta merealisasikan sasaran operasi yang lestari,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf