Cimpanzi jadi ibu angkat anak singa

Rakan video Twitter menunjukkan seekor cimpanzi menyusukan seekor anak singa dengan botol susu di India. - Foto Twitter Susanta Nanda
Rakan video Twitter menunjukkan seekor cimpanzi menyusukan seekor anak singa dengan botol susu di India. - Foto Twitter Susanta Nanda
A
A
A

NEW DELHI - Satu rakaman video yang menunjukkan seekor cimpanzi menyusukan seekor anak singa dengan botol susu mencuit hati pengguna di laman sosial Twitter baru-baru ini.

Menurut portal berita TimesNowNews.com, rakaman video itu dikongsi di laman tersebut oleh seorang pegawai Perkhidmatan Perhutanan India, Susanta Nanda.

Cimpanzi itu seolah-olah menunjukkan sikap keibuan apabila menyusukan anak singa itu dengan botol susu seperti anaknya sendiri.

Menurut portal berita India Times semalam, video tersebut dikongsi kepada pengguna Twitter dengan keterangan gambar. "Ciuman ibu angkat sehingga akhirnya."

Lokasi dan waktu video berdurasi 11 saat menunjukkan kasih sayang yang terjalin antara haiwan yang dirakam itu masih tidak diketahui.

Cimpanzi itu juga dilihat mencium dahi anak singa itu.

Menurut portal berita TimesNoeNews.com, seorang pengguna Twitter berkata, "Kasih sayang ibu dilihat tidak mempunyai batasan, sempadan, warna, spesies. Ia hanya mahu membela, menenangkan anak-anaknya."

Seorang lagi pengguna menyatakan di laman bahawa video itu menyentuh perasaan, "Kasih sayang tulen yang tidak mementingkan diri."

Artikel Berkaitan:

Seorang pengguna laman sosial itu pula berkata: "Ibu adalah universal." - Agensi