James masih sandaran The Red Devils

Daniel James
Daniel James
A
A
A

PEMAIN sayap lincah, Daniel James tidak akan dipinjamkan ke kelab lain kerana dia masih lagi dianggap antara tunjang penting Manchester United.

Itu jaminan yang diberikan ejen James, Jonathan Barnett sekali gus menyangkal laporan bahawa pemain sayap Wales itu akan dipinjam ke kelab lain berikutan penurunan prestasinya selain kemunculan pemain berusia 18 tahun, Mason Greenwood.

“James adalah bahagian utama kelab Manchester United. Saya melihat kesungguhan dan komitmennya ketika bermain untuk kelab ini. Apa yang penting dilakukan James pada ketika ini adalah bekerja keras merebut kembali tempat seterusnya mempertahankan posisinya.

“Sejujurnya adalah sesuatu yang normal penurunan prestasi pemain muda, namun mereka perlu bijak menanganinya. Saya percaya James akan kembali ke prestasi sebenar seperti ketika dia bersama Swansea City dan pada awal menyertai The Red Devils,” katanya.

Pemain berusia 22 tahun yang sebelum ini dilabel persis bekas bintang United, Ryan Giggs menyertai kem The Red Devils dengan kontrak lima tahun bernilai kira-kira £15 juta (RM79 juta).

“Seorang pemain Manchester United perlu memiliki jiwa bermain untuk kelab ini. Jika anda tidak mempunyai watak itu, anda tidak seharusnya pergi ke Manchester United,” katanya.

Artikel Berkaitan: